“Saya takkan hidup lama” -Datin Alyah

Lama tidak muncul di media massa, penyanyi Datin Alyah mengakui hidupnya kini semakin bahagia apabila sentiasa berusaha untuk mendalami agama.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 39, mengaku dengan memperbaiki solat dan sering mendengar ceramah agama,kini hidupnya lebih tenang.

“Sebenarnya saya banyak mendengar ceramah agama melalui YouTube kerana kata-kata orang berilmu itu sangat berguna untuk kita.

“Antara ceramah yang saya sering dengar adalah daripada Ustaz Khalid Basalamah. Menurut beliau, kalau nak hidup bahagia, kenalah berbalik kepada agama.

“Mungkin kita tidak sempurna seperti Nabi, tapi kita harus cuba buat sehabis baik dalam melakukan apa yang agama tuntut.

“Apabila saya buat amalan yang disuruh agama, segalanya berubah. Saya dapat mengawal emosi dan rasa hidup lebih ceria seperti kehidupan semasa sekolah dulu,” katanya.

Alyah berkata dia memulakan muhasabah diri dengan memperbaiki solat dan sering membaca Al-Quran.

“Perkara pertama yang saya lakukan adalah memperbaiki solat. Sentiasa jaga solat dengan tidak meninggalkannya.

” Saya buat perubahan itu secara perlahan-lahan. Mungkin sebelum ini saya solat di hujung waktu, sekarang saya berusaha solat pada waktunya.

“Memang nampak kesan positif dalam diri apabila solat diutamakan daripada hal-hal yang lain.

“Selain itu, saya banyak membaca menghafal surah-surah Al-Quran. Ini secara tidak langsung membuatkan hati saya lebih tenang. Suka digambarkan dengan kata-kata. Alhamdulillah,” ujar Alyah yang tidak mahu mengulangi pangalaman hidupnya yang lalu.

“Allah tak tengok kita yang dulu, tapi Allah tengok usaha di pengakhiran kita. Saya berubah jadi lebih baik bukan untuk orang lain, tetapi saya tahu saya takkan hidup lama dalam dunia ni.

“Jadi saya lebih selesa hidup secara sederhana dan tenang. Sudah lama hidup saya kucar kacir sebelum ini. Misalnya gadvh sana sini. Belum lagi termasuk satu persatu k0ntroversi yang menjadi bualan ramai.

“Bila saya dapat ketenangan itu, saya rasa tidak mampu untuk saya membelinya setelah 20 tahun bertungkus-lumus dalam industri,” jelasnya lagi.

Semoga perubahan Alyah ini menjadi inspirasi buat semua peminat.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Wilayah ku