Ain Edruce ada alasan kenapa umum hamil hanya selepas 4 bulan

Confirm! Selepas sekian lama berteka-teki, pengacara dan pelakon Ain Edruce akhirnya mengesahkan yang dia kini berbadan dua.

Ain mengumumkan khabar gembira itu menerusi saluran YouTubenya hari ini.

Menurut Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce, 29, dia terpaksa merahsiakan perkara itu kerana usia kandungannya masih terlalu awal.

“Sebelum ni orang cakap nampak baby bump. Ya saya mengandung, tapi saya tak boleh cakap apa-apa dulu sebab terlalu awal.

“Kandungan saya kini dah cecah empat bulan,” katanya.

Jelas Ain, dia mendapat tahu tentang kehamilan beberapa hari sebelum dia dan suami bercuti di Langkawi.

“Saya buat uj1an kehamilan ini pun selepas menyedari lambat datang bulan. Jadi kami terpaksa elak aktiviti l4sak sepanjang di Langkawi,” katanya.

Tambah Ain lagi, tahun 2020 akan menjadi tahun paling bermakna baginya saat dia disahkan hamil.

Menerusi video yang dimuat naik itu, Ain membuat kejvtan kepada suaminya dengan menunjukkan alat ujian kehamilan.

Selain itu, Ain turut berkongsi khabar gembira itu bersama kedua-dua ibu bapa mereka dan kenalan rapat.

Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan bernama Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember tahun lalu selepas mengikat tali pertunangan selama enam bulan.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Gempak