Selesai buat majlis tahnik untuk cucu sulung, Nora tetap ingat arw4h suami dan anak

Penyanyi Nora Ariffin memaklumkan dia sekeluarga telah pun selamat menganjurkan majlis tahnik  buat cucu sulungnya, Ayden Johan yang kini sudah mencecah usia tiga bulan pada Sabtu.

Nora menerusi pautan video yang dimuat naik bersama beberapa foto sekitar majlis turut menzahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan dengan lancar.

 

“Alhamdulillah syukur pada Allah swt selesai tahnik & cukur rambut yg kami buat among family saja utk Ayden Johan yg dah masuk 3 bulan.

“Maaf tak daoat jemput saudara mara & sahabat sbb MCO.

“Sebagai Wan, saya terasa amat sayu, syukur dpt kongsi & buat moment ni utk cucu pertama, bersama anak2 menantu & besan tersayang.

“Rindu pada arw4h Johan & Alif hanya Tuhan saja yg tahu,” tulisnya lagi.

“Moga Ayden Johan membesar menjadi anak yg soleh & berjaya dunia akhirat. Insya-Allah,” mohonnya sambil disusuli dengan kredit.

Ayden Johan ialah cahaya mata pertama sulung Nora, Mohd Syakir Iman yang berkahwin dengan wanita pilihannya, Eilya Sofea Azman pada 12 Januari 2019.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MH