Wad saringan Covid 19 H0spital Kulim kelam kabut dinaiki air

Kelam kabut! Itu perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan suasana di khemah sarigan kece-masan dan sarigan Covid-19 Hospital Kulim di sini apabila berlaku b4njir kilat dipercayai berpunca daripada limpahan air longkang petang tadi.

Ini kerana Wad itu didirikan di kawasan letak kereta di hadapan wad kece-masan hospital tersebut.

Menurut sumber, hujan lebat selama dua jam bermula pukul 4 petang menyebabkan aliran air hujan dari kawasan bukit berdekatan memenuhi longkang seterusnya mengakibatkan banjir kilat.

Difahamkan ketika kejadian terdapat beberapa orang pesa-kit berada di wad itu.

“Paras air meningkat sehingga mencecah 0.5 meter di dalam wad kecem-asan sementara itu. Bagaimanapun air tidak melimpah ke dalam wad kecem-asan dalam bangunan hospital itu,” katanya di sini malam ini.

Difahamkan banjir kilat itu surut kira-kira 15 minit kemudian.

Banjir kilat juga berlaku di beberapa kawasan di daerah ini seperti Mukim Padang Cina, Mukim Karangan dan Mukim Kulim.

Sementara itu, Pengarah Kesih-atan Negeri, Dr. Mohd. Fikri Ujang berkata, kawasan tersebut telah dibersihkan dan bersedia untuk menerima pes-akit.

“Tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu,” tambahnya.

 

 

 

 

 

Sumber:Utusan