Bekas penaja program realiti bakal did4kwa esok

Bekas penaja sebuah program realiti yang juga usahawan produk kecantikan dan makanan kesihatan terkemuka bakal didak-wa di mahkamah esok atas tu-duhan memiliki serta menjual produk tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Wanita berusia 50-an itu yang juga isteri kepada seorang Datuk bakal didak-wa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Sumber berkata, ahli perniagaan terbabit yang pernah menaja program realiti di televisyen bakal didak-wa susulan pemeriksaan mengejut dilakukan sepasukan pegawai penguat kuasa Farmasi KKM di premis perniagaan wanita itu pada 12 Mac lalu.

Sumber berkata, hasil pemeriksaan pegawai KKM menemui produk bukan keluaran berdaftar milik syarikat berkenaan yang disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kawa-lan Da-dah dan Kosmetik 1984.

“Susulan itu semua produk itu dirmpas untuk sias-atan lanjut oleh pihak KKM.”

Jika sabit kesalah-an , usahawan terbabit boleh didak-wa dan didenda sehingga RM50,000 dan bagi kesalahan seterusnya sehingga RM100,000,” katanya.

Pada 13 Oktober lalu, usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat pernah did3nda sebanyak RM14,500 atas 17 pertvuduhan memiliki dan menjual keluaran tidak berdaftar serta kosmetik tidak bernotifikasi dengan KKM.

 

 

 

Sumber:HM