Profesor Ungku Aziz hembuskan nafas terakhir di usia 98 tahun

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dilaporkan meniggal dunia di Hospital Prince Court, di sini, hari ini.

Allahyarham Ungku Abdul Aziz, 98, menghembuskan nafas terakhir beliau kira-kira pukul 4 petang tadi.

Jen4zah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam ini.

Ungku Abdul Aziz  dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 adalah di antara tokoh negara yang paling disegani.

Sebagai tokoh pendidikan dan ekonomi, Ungku Aziz mencetuskan pelbagai idea praktikal demi memajukan ekonomi, khususnya dalam bidang pendidikan dan ekonomi orang Melayu dan umat Islam.

Antaranya ialah penubuhan koperasi kebangsaan, Tabung Haji, Akademi Islam dan Pusat Asasi Sains.

Hasil perkongsian hidupnya dengan Sharifah Azah Aziz, Profesor Ungku Aziz dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, yang merupakan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia.

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

 

 

 

 

 

Sumber:HM