Zara Zya jual kek pisang homemade untuk bantu golongan susah.Harga memang tak sangka!

MENYEDARI ramai yang sedang melalui saat-saat sukar akibat kehilagan atau penguragan pendapatan, pelakon Zara Zya mengambil inisiatif membantu masyarakat dengan menjual kek pisang.

Berbekalkan modal sendiri dan bakat membuat kek, Zara hanya menjual kek pisang dengan harga RM10 sahaja dan hasil jualan akan disumbangkan kepada mereka yang layak menerimanya.

“Salam tempoh PKP (Perintah Kawa-lan Pergerakan) ini, penggambaran ditangguhkan. Jadi, selain menguruskan restoran saya membuat kek pisang dan dijual kepada orang ramai melalui online.

“Kiranya mereka yang membeli kek ini sekaligus melakukan kerja amal. Hasil jualan itu akan dimasukkan dalam dana Zara Prihatin.

“Kesemua hasil jualan ini akan diberikan kepada golongan susah yang terkesan akibat PKP. Misalnya pelajar yang terkandas di semenanjung, mereka yang kehilangan pendapatan dan atau petugas barisan hadapan, ” jelas Zara Zya yang juga pemilik Restoran ZaraZyaCooks.

Bagai Zara, inilah masa untuk dia lakukan sesuatu kepada masyarakat mengikut kemampuan yang ada.

“Sebelum ini pun saya terfikir juga, apa cara yang ada untuk saya bantu masyarakat yang terkesan dengan situasi sekarang. Jadi, saya gunalah kelebihan saya dalam membuat kek demi mengumpul dana.

“Orang ramai bukan sahaja boleh makan kek pisang resepi saya, malah sambil beramal. Lagi pun, harga kek yang berharga RM10 ini boleh dikatakan mampu dibeli oleh ramai di luar sana,” ujarnya lagi.

Sesiapa yang ingin membeli kek pisang air tangan Zara Zya ini boleh hubungi di talian 012-7995512 (whatsap) atau layari instagram @zarazya / @zarazyacooks.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Wilayahku