Kumpulan Voices of Euphonious atau lebih dikenali sebagai V.E yang ditubuhkan pada tahun 1997 mengumumkan pengunduran dua ahlinya iaitu Damian dan Shah melalui entri di Instragram (IG).
Dengan pengunduran Damian dan Shah, perjuangan kumpulan yang popular dengan lagu Party Like This dan Pop Yeh Yeh akan diteruskan empat anggota lain iaitu Zaf, Cham, Adeep dan Hakim.
Sementara itu, Damian ketika dihubungi mengesa-hkan pengundurannya dari kumpulan itu.
Mengulas lanjut, Damian atau nama penuh, Damian Mikhail Seet, berkata keputusan itu dibuat demi kebaikan diri dan kumpulan berkenaan.
“Saya mahu menumpukan perhatian terhadap keluarga, perniagaan dan projek saluran YouTube yang akan dilancarkan, tidak lama lagi.
“Dalam situasi industri hiburan yang tidak menentu berikutan pan-demik COVID-19, saya perlu fikirkan soal masa depan.
“Lagipun, saya semakin berusia. Saya ada tempoh setahun untuk aktif sebelum memilih memperlahankan rentak kerjaya seni.
“Saya juga perlu adil kepada ahli yang lain. Mungkin mereka ada perancangan lain selepas ini. Saya tidak mahu menjadi hala-ngan terhadap usaha mereka,” katanya lagi.
Ditanya apakah keputusan itu dibuat berikutan berlaku perselisiihan faham antara mereka, komposer dan penerbit lagu ini mena-fikan dak-waan itu.
“Kami masih berkawan, malah saya juga sudah menganggap mereka seperti saudara kandung sendiri.
“Mereka faham niat saya untuk mengun_durkan diri. Kalau boleh, saya memang hendak bersama mereka. Tetapi hendak buat macam mana, jodoh kami tidak panjang,” katanya.
Tahun lalu, V.E mengumumkan kembali aktif selepas 13 tahun menyepi.
Sumber:BH