Fida Ibrahim terharu dapat nikah pakai baju kebaya peniggalan arwah ibu

Pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim atau Fida, 35, selamat melangsungkan pernikahan dengan bekas pengurusnya Shahzemir Shahzulkarib, 37, jam 3.30 petang, semalam.

Pasangan yang sudah berkenalan lebih 10 tahun itu bernikah di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, dalam majlis sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Fida berkata, dia bersyukur kerana hasratnya mahu bergelar isteri dan bernikah dengan lelaki pilihan akhirnya menjadi kenyataan.

Dia juga bersyukur kerana semua urusan berjalan lancar.

“Saya dan suami meminta maaf kerana tidak dapat menjemput semua ahli keluarga kami serta sahabat-sahabat berikutan situasi p4ndemik Covid-19 sekarang. Semuanya kena mengikut SOP dan tetamu pun terhad.

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur majlis akad nikah dapat dilaksanakan sebaiknya. Saya juga mohon doakan kebahagiaan kami yang meng1kat ikatan perkahwinan pada bulan Ramadan ini. Semoga dengan doa-doa baik diberikan akan mendapat rahmat dan berkat Allah SWT,” katanya lagi.

Menurut Fida, apa yang lebih bermakna buatnya lagi ialah dapat memakai baju kebaya yang dijahit sendiri oleh Allahy4rham ibunya.

“Walaupun arwah mak sudah meniggal dunia empat tahun lalu, tapi bagi saya dia tetap ada di majlis pernikahan ini.

“Saya tidak sangka akhirnya dapat juga tunaikan impian mak yang nak saya berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Selama hampir 20 tahun baju kebaya ini disimpan dengan rapi.

“Sebenarnya sudah lama juga saya nak berkahwin. Namun, ketentuan jodoh setiap orang itu ada yang cepat dan lambat. Bagaimanapun, alhamdulillah dapat juga saya pakai baju kebaya yang memang dijahit oleh arwah mak untuk majlis nikah saya,” katanya.

Fida yang sebelum ini tidak berkongsi siapa calon suaminya berkata, dia berbuat demikian kerana menghormati permintaan keluarga.

Lagipun, tidak bagus terlalu dihebahkan begitu awal.

Fida yang pernah dikenali dengan drama Cinta Tikar Sejadah dan filem Adik Manja Returns, adalah pengasas perniagaan R Secrets Sdn Bhd. Dia juga popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang berduet dengan Dato AC pada 2012.

 

 

 

 

 

Sumber:HM