Redha tanpa zuriat sendiri, pasangan artis ini buktikan mereka juga boleh hidup bahagia

Lazimnya setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan cahaya mata mereka sendiri. Namun sudah tertulis bahawa rezeki setiap orang itu berbeza.

Ada yang “bunting pelamin”, ada juga yang masih menuggu walaupun telah lama hidup bersama.

Benar,anak adalah pengikat kasih sayang suami isteri, tetapi bukan juga satu jaminan yang perkahwinan akan p0rak peranda jika tidak dikurniakan anak.

Buktinya, kita lihat lah sendiri pasangan artis ini. Walaupun  ada yang berbelas-belas tahun diuj1 dengan tidak meniliki anak, rumahtangga yang dibina tetap rukun damai.

Jom kita lihat siapakah mereka ini.

1) Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila

Mendirikan rumahtangga pada tahun 2009, pasangan pelakon Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila masih berusaha mendapatkan zuriat sendiri.

Sepanjang tempoh perkahwinan,Emelda pernah mengalami kegu-guran, iaitu selepas enam bulan berkahwin.

Redha jika tidak memiliki zuriat sendiri, pasangan ini kini bahagia dengan anak angkat mereka dan tetap megaggap ia sebahagian dari rezeki juga.

2) Beto Kusyairy dan Tisha Shahar

Pelakon berbakat Beto Kusyairy tidak bercadang untuk mengambil anak angkat meskipun perkahwinannya dengan Tisha Shahar selama 13 tahun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Bagi Beto, dia mengak-ui tidak mampu men-epis s0alan mengenai zuriat namun dia dan isteri reda dan tidak kisah jika belum ada rezeki menimang cahaya mata sendiri.

“Itu kerja Allah dan saya serta isteri reda bahkan keluarga rapat kedua pihak pun tak kisah. Selalunya, orang sekeliling yang kerap bertanya” ulas Beto.

3) Mis Nina dan Noh Hujan

Mendirikan rumahtangga bersama penyanyi Noh Salleh pada 2011, Misz Nina akui pernah berasa sensitif bila dis0al tentang “bila nak ada anak” itu, namun dia akur dengan ketentuan Ilahi dan tetap positif menunggu ketibaan khabar indah terbabit.

Menurut Mizz Nina, kejayaan seseorang itu bukan terletak pada tittle suami, isteri atau sama ada kita ada anak atau tidak tapi akhirat adalah segalanya.

Ujar wanita berusia 38 tahun ini lagi, sukses seseorang itu adalah sejauh mana dia meletakkan sepenuh rasa syukur terhadap pemberian Tuhan kerana apa yang diperlukan oleh manusia itulah yang terbaik dan cukup.

Walaupun pernah mencuba secara IVF dan masih juga belum dikurniakan rezeki anak, Mizz Nina tetap bersyukur dan megaggap ada hikmah di sebalik kejadian.

4) Dato Adi Putra dan Datin Aida Yusof

16 tahun melayari alam rumahtagga dengan 4 kali percubaan IVF yang tidak berjaya tidak sama sekali memat-ahkan semangat Datin Aida Yusof iaitu isteri kepada pelakon Dato’ Adi Putra untuk mencuba memiliki cahayamata sendiri.

Mengambil semangat Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang berjaya memiliki zuriat sendiri melalui rawa-tan IVF , Datin Aida Yusof berharap agar impian dia dan suami untuk mendapat zuriat tercapai.

Pasangan ini kini hidup bahagia dengan dua orang anak angkat.

5) Achey dan Nor Hasanah

Bagi Pelawak Achey pula, yang mendirikan rumahtangga dengan Nor Hasanah sejak 10 tahun lalu, mereka tetap mahu menjalani raw-atan kesu-buran menerusi proses uj1an persenyaw-aan in vitro (IVF) sebagai salah satu usaha untuk menimang cahaya mata sendiri.

Bagaimanapun, kata Achey, hasrat tersebut masih belum lagi tertunai sejak mula dirancang pada penghujung tahun lalu kerana PKP .

Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat perempuan yang kini berusia 3 tahun.

6) Ella dan Mohd Azhar

Diam tak diam sudah 9 tahun ratu rock negara, Ella mendirikan rumahtangga bersama Mohd Azhar Husaini Ghazali.

Walaupun masih belum mempunyai rezeki dikurniakan cahayamata sendiri, Ella tetap bahagia menjalani kehidupan berkeluarga bersama Azhar serta seorang anak angkat.

Semoga impian Ella untuk mendapat zuriat sendiri tercapai juga satu hari nanti.

 

 

 

 

Sumber: Sumber