Anak Mia Ahmad alami ‘speech delay’ kesan tonton Y0utube tanpa had

PELAKON Mia Ahmad melvahkan rasa  kesalnya kerana tidak menyed4ri masa-lah lambat bercakap yang dihid4pi anak sulungnya, Sayf Issa yang kini berusia tiga tahun berpvnca dari kelal4iannya sendiri.

Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 33, dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan sendiri oleh cikgu di sekolah anaknya yang meminta bertin-dak segera mengatasi masa-lah itu.

“Saya memang menyes4l sebab tak gunakan masa yang penting waktu dia masih kecil untuk develop apa yang perlu.

“Saya pula masa itu first time mom, tiada pengalaman… apabila orang cakap biasalah anak lelaki lambat bercakap jika dibandingkan dengan anak perempuan, jadi saya fikir mungkinlah betul.

“Lepas itu, bila saya hantar dia pergi playschool, cikgu dia call tanya saya selalu ke beri dia tengok YouTube, saya terus-terang cakap memang saya bagi… tiada limit masa sehari berapa jam dan daripada situ baru saya tahu saya dah buat sil4p,” katanya ketika dihubungi.

Susulan itu, Mia kemudiannya mengambil keputusan untuk mengh4dkan masa anaknya menggunakan gajet serta menonton tv selama beberapa bulan.

“Cikgu Issa cakap simpt0m yang anak saya alami sebelum ini memang biasa berlaku kepada kanak-kanak yang sering diberikan screen time tanpa h4d oleh ibu bapa sehingga menyeb4bkan mereka kehilagan deria rasa yang sepatutnya diter0kai anak-anak ketika masih kecil.

“Sejak itu saya tak bagi Issa tengok TV dalam tempoh berbulan-bulan juga. Tapi apabila dia tunjuk perkembangan lepas dapat bimbingan speech therapist, saya mula beri kebenaran dengan h4dkan masa sekitar satu jam.

“Mula-mula dia menagis juga apabila saya buat macam itu tapi kini dia dah okay.

Sekarang memang banyak luangkan masa buat aktiviti dengan Issa dan adik dia, Iris. Macam-macam aktiviti saya buat antaranya, bacakan buku cerita, melukis dan main lego dengan mereka supaya deria mereka sentiasa bergerak,” katanya lagi.

Mia turut menambah, perkongsiannya di Instagram itu adalah bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa agar mengurangkan screen time anak masing-masing demi perkembangan mereka.

“Macam kita kecil-kecil dulu, kita ada pengalaman panjat pokok, main dengan kawan-kawan di luar. Kanak-kanak sekarang masa mereka lebih banyak dihabiskan depan TV dan gajet… bukan tak boleh bagi tapi biarlah berpada-pada.

“Kita kena tingkatkan sar4f deria anak-anak, sebagai contoh bagi mereka pengalaman rasa pijak rumput atau jalan tar.

“Alhamdulillah, saya cepat ters3dar dan tak leka biarkan Issa dengan gajet dan tengok TV sahaja. Nasib baik perkembangan Iris okay, jadi sebab itu saya lebih banyak tumpukan pada perkembangan Issa sekarang,” ujarnya.

Hasil perkogsian hidup dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Sayf Issa, 3, dan Iris, 1 tahun.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar