Genap 2 bulan, Sari Yanti pamer wajah anak kelima, pilih nama Abu Bakr

Selepas hampir dua bulan bersalin, akhirnya pelakon cantik Sari Yanti berkogsi wajah anak kelimanya kepada umum yang diberi nama Abu Bakr Mohd. Nadzri.

Ini merupakan anak ketiga hasil perkahwinan keduanya bersama pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu.

“Assalamualaikum semua. Nama saya Abu Bakr bin Mohd. Nadzri. Kenalkan (anak) yang nombor lima,” tulisnya dalam Instagram.

Menerusi perkogsian tersebut, Sari atau nama penuhnya Sari Yanti Mohamad Nazari turut berkongsi sekeping foto putera bongsunya itu dengan senyuman manis.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata pengikut pelakon yang popular menerusi drama Kisah Kaisara itu turut berkogsi rasa gembira dan menyifatkan Abu sebagai seorang bayi yang sangat comel.

Terdahulu, Sari melahirkan anak kelimanya itu pada 15 Mei lalu hanya selepas 11 bulan usia anak keempatnya.


Pelakon itu mendirikan rumah tangga bersama Jep atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri bin Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir, 1.

Menerusi perkhawinan sebelumnya bersama Mohd. Eddy Casmady Che Hussien , Sari dikurniakan dua chayamata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baas it Al Haq.

 

 

 

Sumber:K0smo