“Saya sudah maafkan semua yang caci dan maki saya”- Caprice

Penyanyi rap dan aktivis yang sedang ‘panas’ ketika ini, Caprice, 32, mengaku akan kesilapannya berkaitan kemelut yang ditimbulkannya dengan figura kesayangan ramai, Ebit Lew, baru-baru ini.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli dalam hantaran di Instagram Story semalam berkata dia ingin ‘tutup buku’ dan akan meneruskan kehidupan dan misinya.

“Cara saya pun silap. Tak apalah, Islam pun ajar kita untuk minta maaf jika melakukan kes1lapan dan maafkan orang, ujarnya lagi .

Menurut Caprice, lantaran dari itu juga, dia turut menerima banyak permohonan maaf daripada netizen yang mengirim mesej kepadanya serta bertindak sudah memaafkan mereka semua.

“Banyak yang hantar mesej langsung minta maaf secara tiba-tiba. Dengan hantaran ini, terus-terang saya sudah memaafkan semua yang caci dan maki saya.

“Alhamdulillah, saya banyak belajar mengenai kesabaran, perjuangan dan Palestin sejak kisah saya menjadi tular. Saya sangat bersyukur atas perjalanan ini dan tidak akan berhenti berjuang,” tulisnya.

Terdahulu, netizen juga memberi perhatian terhadap penulisan dibuat seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung Gaza iaitu Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau lebih dikenali Nadir Al-Nuri di saluran Telegram miliknya yang tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku ketika kunjungan misi bantuan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew bersama pasukannya, baru-baru ini.

Menurut Caprice, tin-dakan dilakukan Nadir adalah matang berbanding dirinya yang terlalu mengikut emosi dan dipengaruhi perasaan m4rah.

Terdahulu, penyanyi lagu Chikaro dan Baby Sayang ini pernah memaklumkan di Instagram dia mahu membuat pende-dahan mengenai kisah di sebalik k0ntroversi yang tercetus untuk misi bantuan ke Gaza itu namun ia dibatalkan di saat akhir .

PUNCA kemelut di antara Caprice dan Ebit Lew bermula daripada teguran diberinya apabila ada di antara l daripada penduduk Gaza mengenai cara dermawan itu menghulur bantuan termasuk perkngsian gambar kanak-kanak miskin di media s0sial.

Bagaimnapun, pada Isnin lalu, Caprice tampil membuat permohonan maaf di Instagram kepada pembesar negara, pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia di atas isu yang timbul disebabkan kesilapannya sendiri dan tiada kaitan dengan pihak lain.

Sumber:HM