Isu penarikan pingat emas Ziyad, FB kedutaan Ukraine ditutup sementara

Gara-gara pr0tes yang dibuat oleh atlet Ukraine sehigga pingat emas yang dimiliki atlet negara ditarik balik,ia menerima kec4man teruk dari netizen menyebabkan pejabat kedutaan negara itu di sini menutup sementara laman rasmi Facebooknya.

Susulan itu, Duta Besar Ukraine di Malaysia Olexander Nechytaylo berkata, terdapat beberapa perso-alan tentang keputusan jawatankuasa penganjur yang menyebabkan tercet-usnya kontr0versi tersebut.

Beliau turut berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan segera dan telus.

Dalam masa yang sama, beliau mengucapkan tahniah kepada atlet paralimpik negara, Ziyad Zolkefli di atas prestasinya yang luar biasa serta memec-ahkan rekod dunia dalam F20.

“Ziyad akan kekal sebagai Juara sejati di hati setiap orang, bahkan bukan hanya pada rakyat Malaysia,” katanya dalam ciapan rasmi menerusi laman rasmi Facebooknya malam tadi.

Terdahulu, pingat emas Ziyad Zolkefli dalam acara acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) Sukan Paralimpik 2020, kira-kira pukul 7.30 malam tadi tiba-tiba ‘dira-gut’.

Ia susulan terdapat pr0tes daripada atlet Ukraine dengan mendakwa tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts dari Australia dan Jordi Patricio (Ecuador), lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Protes tersebut menyebabkan tiga atlet terbabit dalam status did not start (DNS), sekali gus menyebabkan pingat emas yang dimenangi Ziyad, termasuk rekod dunia baharu, 17.94m diba-talkan.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu berkata, ban-tahan semula ke atas Ukraine akan di bawa ke mesyuarat Chef de Mission (CDM), pagi ini.

 

 

Sumber:Utusan