Rakan artis tanggung kos bersalin isteri Aman Graseka

Pelakon senior Aman Graseka, 53, dikurniakan anak lelaki selepas isterinya, Nurul Amrina Zamri,32 selamat melah-irkan bayi mereka di sebuah pusat perub-atan di Sungai Petani, Kedah, petang semalam.

Aman memberitahu, anak keduanya itu dilahirkan secara normal pada jam 3.54 petang dengan berat 3.1 kilogram.

“Syukur semuanya selamat. Isteri masuk hospital kira-kira jam 1 pagi, namun tanda-tanda kelah-iran belum kelihatan. D0ktor suruh tunggu dan akhirnya jam 3.54 petang barulah bayi kami keluar untuk melihat dunia. Alhamdulilah ibu dan bayi sihat,” katanya.

Aman berkata, kos bersalin isterinya di pusat perubatan itu ditaggung seorang pelakon wanita yang juga rakannya.

“Dia seorang pelakon wanita yang hebat dan rakan yang baik hati,”.

Aman yang kini menetap di kampung halaman isterinya di Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah setelah dua tahun hil-ang punca pendapatan akibat pen-ularan p4ndemik Covid-19 yang mengh4dkan peluangnya untuk berlakon.

Dia ketika itu buntu untuk mendapatkan wang apabila isterinya dijan-gka melah-irkan anak kedua mereka pada awal Julai.

Rakan-rakannya tidak dapat membantu kerana mereka juga turut berdepan kesu-sahan.

Arman turut meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan akhirnya dia menerima sumbangan sebanyak RM500 dari Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) serta daripada rakan-rakan artis yang bersimpati.

Sebelum ini Aman yang melakonkan watak Datuk Maharaja Lela dalam filem 1875 meminta penerbit dan pengarah filem terbabit menjelaskan baki bayaran sebanyak RM25,000 yang tertungak sejak empat tahun lalu.

Pasangan ini turut mempunyai seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia dua tahun.

Sumber:HM