2 bulan berkenalan, Zizi Kirana kini s4h milik Yusuf Bahrin

Jodoh itu r4hsia Allah. Siapa sangka usia perkenalan yang singkat antara selebriti, Zizi Kirana, 36, dan Yusuf Bahrin, 29, membawa mereka ke satu ikatan suci sebagai suami isteri.

Tanpa sebarang publisiti mengenai hari pernikahn mereka, pasangan terbabit yang mula mengenali pada sesi rakaman program All Together Now Malaysia dua bulan lalu itu dilaporkan tidak menunggu masa lama untuk mengikat janji dan meneruskan hubungan cinta yang dibina.

Majlis pernikahan dikatakan berlangsung di sebuah masjid di ibu kota.

Sebelum ini, tinjauan di Instagram Story Zizi mendapati penyanyi itu seakan-akan memberikan hint apabila memuat naik sepotong ayat al-Quran.

“Kami bertawakal kepada Allah,” tulisnya dalam bahasa Arab di Intagram Story.

Yusuf juga dikatakan sudah menyusun jadual penggambarannya supaya tidak bertembung dengan majlis dirancang.

Pada awal September lalu, rakaman video Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan sayang ketika sesi Instagram tul-ar di Internet sekali gus menguatkan lagi hubungan cinta mereka.

Zizi juga tidak men-afikan dia rapat dengan Yusuf dan tidak men0lak sekiranya mereka ditakdirkan ada jodoh.

“Kami mula berkawan sejak dua bulan lalu dan terbabit sama dalam program All Together Now Malaysia. Kami tak bercakap pun tapi mula bertegur menerusi Instagram pada Aidiladha lalu.

“Namun, sepanjang berkawan ini, kami tak pernah berjumpa dan hanya berhubung menerusi telefon saja. Sejujurnya, saya selesa dengan Yusuf. Dia seorang yang lembut tutur bicaranya dan baik,” katanya.

Sumber:HM