Terpaksa kecilkan badan,ini antara beberapa fakta menarik mengenai Yusuf Bahrin

Nama Yusuf Bahrin sekali lagi menjadi buah mulut peminat seni tempatan apabila dalam diam berjaya menyunting penyanyi cantik Zizi Kirana sebagai isterinya hanya melalui perkenalan yang singkat. 

Boleh dianggap masih ‘lampu hijau’ dalam bidang seni, ini antara beberapa fakta memgenai Yusuf Bahrin yang ramai tak tahu .

1. Lahir di Shah Alam pada 8 Jun 1992.

2. Merupakan anak sulung bagi pasangan Bahrin Tahir dan Hanita Ajis.

3. Mempunyai dua orang adik lelaki dan seorang adik perempuan


4. Sebelum terlibat dalam bidang lakonan, Yusuf mengusahakan kedai gunting rambut di Melaka selama dua tahun sambil bekerja secara separuh masa sebagai jururunding kewangan.

5. Tidak pernah bercita-cita untk jadi pelakon sehinggalah dides-ak untuk menghadiri ujibakat oleh rakannya yang seorang kru produksi.

6. Hasilnya, pada tahun 2019, Yusuf  muncul buat pertama kali di skrin tv dengan menjadi watak tambahan untuk beberapa drama dan telefilem termasuk Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya, Asam Pedas Cendol Sejoli, Calon Menantu Tuan Rumah, Abg Tinted Handbag Ajaib, 7 Netizen dan Kau Yang Pertama.

7. Antara peng0rbanan awal Yusuf untuk menjadi anak seni ialah mengecilkan sedikit badannya untuk disesuaikan dengan karakter dan saiz yang ideal untuk muncul di kaca TV.


8. Sering dikaitkan dengan pelakon Aeril Zafrel kerana wajah mereka yang seiras, Yusuf Bahrin memot0ng rambut supaya lebih pendek dan menipiskan jambang supaya  ‘l4ri’ dari imej Aeril Zafril.

9. Peng0rbanan Yusuf Bahrin akhirnya berbaloi apabila namanya mula dikenali ramai ketika dia muncul dalam drama bersiri arahan Michael Ang, Sweet Dreams membawakan watak sebagai D0ktor Amar.

10. Pernah dimrahi Michael Ang sehingga pengarah itu meniggalkannya lokasi penggambaran. Mana taknya berbelas kali rakaman!

11. Bersyukur dianugerahkan suara ‘jantan’ yang sukar didapati di dalam kalangan aktor lelaki tanah air dan menganggap itu antara aset dan kelebihan diri.


12. Yusuf juga dipilih menjadi model perniagaan baju kurta yang bernama ‘Lima Waktu.

13. Aktif dalam sukan bola sepak/futsal yang turut dijadikan hobi pada masa lapang.

 

 

Sumber:UM