Sufi Rashid hadiahkan berkotak tudung Naelofar buat isteri sebagai kejvtan anniversary

Kebiasaannya golongan suami selalu dikaitkan dengan sifat pelvpa pada hari-hari istimewa dalam hidup mereka antaranya  seperti mengingati tarikh ulangtahun perkahwinan ataupun tarikh hari lahir pasangan.

Bagaimanapun berbeza dengan pendekatan yang dilakukan oleh penyanyi dari Singapura ini, Sufi Rashid yang dilihat cukup bersemangat untuk meraikan ulangtahun perkahwinannya bersama isteri tercinta, Nurulain Md Yusof.

Sudahlah memberi kej-utan buat isterinya sehari awal, lebih bermakna lagi apabila sambutan kali ini Sufi menghadiahkan berkotak tudung bawal dan shawl dari jenama Naelofar buat Nurulain atau lebih mesra disapa sebagai Ain. 

Bukan sahaja tudung , malah Sufi turut membelikan beberapa helai “inner” dari jenama yang sama bagi melengkapkan set tudung tersebut. Pandai Sufi beli barang untuk isteri. Hehe .

Perkara tersebut dik0ngsikan oleh  pasangan romantik ini dalam satu sesi live di Faceb0ok bersama peminat mereka.

“Hadiah anniversary untuk isteri ku, supaya dapat beri semangat untuk berhijab”,  tulis Sufi di ruangan kapsyen, ringkas. 

Dalam sesi live itu juga, Ain membuat peg4kuan yang  dia kini sedang mend4lami ilmu agama dan berazam untuk memakai tudung pada setiap hari Jumaat sebagai langkah permulaan. 

Dia juga berterima kasih kepada Sufi kerana menghad_iahkan set koleksi tudung dari jenama kegemarannya. 

Ternyata ‘effort’ yang dibuat oleh Sufi turut mendapat pujian di kalangan peminat. 

Alhamdulillah,semoga istiqamah“- Faizah Izzah

Baiknya Sufi, mewahkan isteri, murah rezeki“- Aurarezqi Empire

“Untung Ain suami belikan tudung complete set”– Anita Leeya

Mesti comel Ain pakai tudung” – Sue Suhana

Sekadar info, Sufi Rashid merupakan pemenang juara Akademi Fantasia 2015 berasal dari Singapura mendirikan rumahtangga bersama Nurulain, seorang warganegara Malaysia pada 21 September 2019. 

Pasangan ini kini giat menjalankan perusa-haan makanan secara online melalui produk Sambel Biniku dan Krispy Yolks. 

Kami di DTK mengucapkan Selamat ulangtahun perkahwinan buat Sufi Rashid dan Ain. Semoga sentiasa hidup dalam aman harmoni dan sukses dalam dunia perniagaan. 

 

 

 

Sumber:FB Sufi Rashid