Sudah jalani ujian sarin.gan HIV, Haqiem Rusli hanya tunggu masa

Penyanyi Haqiem Rusli pernah berk0ngsi cerita yang dia bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Berita gembira itu dide-dahkan Haqiem sendiri menerusi sesi siaran langsung dalam Instagram sekitar pukul 2 pagi pada 30 Mei lalu.

Dalam perkembangan terkini, menurut pemilik nama lengkap Ridzuan Haqiem Rusli itu membritahu, ketika ini segala urusan dan persiapan wajib yang perlu dilakukan untuk menuju gerbang perkahwinan telahpun lengkap diselesaikan olehnya.

“Ya saya sudah pun menjalani kursus kahwin, sudah menjalani uj1an sarinan HIV (human immun0deficiency virvs) dan melengkapkan segala borang yang diperlukan.

“Hanya tunggu masa hendak ke pejabat agama sahaja,” katanya.

Masih mer4hsiakan bakal permaisuri hidupnya,penyanyi berusia 23 tahun itu turut merancang untuk mengadakan sebuah majlis kecil-kecilan sempena pernikahannya, namun semuanya bergantung kepada keadaan semasa.

“Saya memang merancang untuk membuat majlis resepsi secara kecil-kecilan. Tapi tidak tahu lagi sama ada dibenarkan atau tidak. Harap-harap kes turun (jagkitan Covid-19),” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Haqiem turut memberitahu bahawa dia ada mencipta sebuah lagu baharu yang dihasilkan khas untuk bakal isterinya nanti.

“Saya ada menggubah sebuah lagu baharu untuk bakal isteri berjudul Hitam Saksi Putih.

“Secara metaforanya, lagu ini ditulis mengenai diri saya sendiri yang melakukan banyak kes4lahan (hitam) dan telah ‘diputihkan’ oleh bakal isteri,” jelasnya.

Wow! Semoga urusan Haqiem dan bakal isteri dipermudahkan. Tak sabar nak dengar lagu Haqiem. Tentunya penuh puitis untuk yang tersayang!

 

 

 

Sumber:K0smo