‘Tunggu kepulangan Mama..’

Selepas kebenaran mer.entas negeri, keputusan kerajaan Malaysia yang bersetuju dengan Singapura untuk memulakan perjalanan ren.tas sempadan antara kedua-dua negara melalui udara menggunakan Laluan Perjalanan V4ksinasi (VTL) menjadi perkara yang ditunggu-tunggu oleh rakyat bagi kedua-dua negara.

Bagi seorang eksekutif pembangunan per.niagaan, Puan Farrah Diyana, dia sudah tidak sabar bertemu dengan dua anaknya, sejak terpisah lebih setahun yang lalu kerana penutupan sempadan negara ek0ran w4bak covid 19.

Sejak itu, dia hanya mampu menyaksikan perkembagan anak-analnha menerusi telefon bimbit.

“Saya mulanya bercadang untuk pu.lang ke Johor pada Mac tahun depan, namun selepas VTL dilaksana hujung bulan ini, kenapa saya perlu tunggu lebih lama untuk berjumpa anak-anak?

“Walaupun saya perlu terbang dahulu ke Kuala Lumpur dan kemudian menaiki bas ke Johor Bahru, saya san.ggup asalkan dapat berjumpa keluarga,” katanya lagi penuh semangat.

Jelas wanita yang berusia 33 itu lagi, dia sudah ‘ketiggalan’ banyak perkara dalam menyaksikan perkem.bangan anak-anaknya dan tidak mahu perkara itu terus berlaku.

Atas alasan itu juga, Puan Farrah akan membawa anak-anak serta keluarganya berp.indah terus ke Singapura pada tahun hadapan.

Malaysia dan Singapura sebelum ini bersetuju melaksanakan VTL melalui udara antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 29 November ini.

 

 

 

 

Sumber:K0smo