Foto sekitar majlis pernikahan Puteri Sultan Brunei yang penuh adat istiadat

Dengan sekali lafaz, Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah selamat bergelar isteri kepada Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi dalam majlis yang berlangsung di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah adalah puteri kedua bongsu Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bersama Puan Hajah Mariam.

Majlis penuh sejarah itu turut disi4rkan secara langsung di Radio Televisyen Brunei (RTB) melalui platform digital dan elektronik.

Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei itu akan berlangsung selama 10 hari dengan dimulai Majlis Isti4dat Bersuruh Diraja pada Ahad lalu di Istana Nurul Iman.

Pasangan mempelai diraja itu ditunangkan pada Selasa lalu, dalam Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja.

Selepas majlis pernikahan, ia akan diteruskan dengan istiadat bersanding pengantin diraja di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada Ahad ini.

Ia kemudian diteruskan dengan Majlis Persantapan Diraja dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-jaga di Darussidiq, Jerudong.

Majlis akan diakhiri pada Selasa depan dengan Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-jaga di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

 

Kredit foto:Bruneiroyalfamily

 

Sumber:Awani