Kandungan sudah masuk trimester ketiga, akhirnya Mira Filzah umum h4mil

SETELAH beberapa bulan berteka-teki dengan para peminat, pelakon dan pengacara kesayangan ramai, Mira Filzah akhirnya bersedia untuk berkongsi berita gembira bakal menjadi seorang ibu tidak lama lagi.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, berkata usia kandungannya kini bakal memasuki trimester ketiga.

“Perkhabaran diterima tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung.

“Usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.

“Seperti pasangan lain yang merancang untuk membina keluarga, kami juga punya pengalaman sendiri dalam perjalanan kami,” katanya pada Khamis malam.

Mira juga turut mnzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan mereka.

“Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami daripada dulu hingga kini, dengan rasa ins4f dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih,” ujarnya.

Mira melangsugkan pernikahan dengan  Emir, 32, seorang arkitek yang juga merupakan anak kepada Timbalan Menteri,Datuk Mastura Mohd Yazid pada September 2020.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:mst4r