Zul Ariffin dipanggil JAKIM

Isu adegan panas memb4bitkan aktor Zul Ariffin dan pelakon baharu, Siti Hariesa yang disifatkan berc4nggah dengan tuntutan agama dan budaya hidup masyarakat di negara ini telah mendapat perh4tian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sehubungan itu kedua pelakon itu dan produksi Perempuan Itu akan dipanggil oleh Jakim dalam masa terdekat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary kepada akhbar Sinar Harian pada Ahad, 20 Mac.

Selain itu, beliau turut memaklumkan yang pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bagi membincangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut.

Ulas Ahmad Marzuk lagi,dari sudut panduan agama (Islam) budaya seperti itu tidak sepatutnya dibawa masuk ke negara ini yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan budaya timur.

Selain itu beliau berpendapat pemain industri drama dan filem serta hiburan di negara ini perlu sentiasa peka dengan perkara-perkara sebegini.

Ini kerana isu sebegini bukan sahaja telah menimbulkan keresa-han dalam kalangan masyarakat di negara ini malah dikhuatiri akan menjadi ikutan sekiranya gagal ditangani dengan sebaik mungkin.

Terdahulu Zul Ariffin dan produksi Perempuan Itu dikec4am hebat selepas aktor berbadan sasa itu memvatnaik video babak memperlihatkan dia membuat aksi yang dianggap keterlaluan serta tidak sesuai untuk ditayangkan secara umum di media S0sial miliknya.

Sebelum ini pelakon berusia 35 tahun itu pernah mencet-uskan k0ntroversi berikutan gambar nya dengan pelakon Intan Najuwa yang dilihat ‘terlebih mesra’.

Sumber: Buzzkini