Tarikh Hari Seniman Negara dipinda setelah 14 tahun, Sazali P.Ramlee enggan ulas lanjut

Sambutan Hari Seniman Negara mula diperkenalkan pada 29 Mei 2008 bagi memperingati jasa dan sumbangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee kepada industri seni negara.

Namun selepas lebih sedekad, kerajaan pada tahun ini mengubah tarikh Hari Seniman Negara daripada 29 Mei kepada 22 Mac, iaitu hari ini, bagi memperingati kela-hiran Seniman Agung itu, yang diangkat sebagai ikon seni negara.

Susulan itu,anak P Ramlee, iaitu Sazali, 63, bersetuju dan menyokong perubahan tarikh tersebut. Apatah lagi, sekiranya ‘daddy’ nya masih hidup, Allahyarham akan menyambut ulangtahunnya yang ke 93, pada hari ini.

“Saya bersetuju dan sokong pertukaran Hari Seniman Negara kepada hari lahir arwah bapa saya. Sebelum ini, ia disambut pada 29 Mei iaitu hari pemergian ‘daddy’.

“Namun, saya hendak k0men lebih pun tak boleh, saya bukan insan seni. Saya cuma anak kepada seniman terkenal.

“Jadi, saya ucap terima kasih kepada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) yang mewujudkan Hari Seniman Negara ini sempena tarikh penting arwh bapa saya.

“Terima kasih atas kesungguhan dalam terus mengangkat nama dan mengenag jasa ‘daddy’,” katanya seperti dipetik oleh BH Online.

Dalam pengumuman mengenai tarikh baharu Hari Seniman Negara, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, dilaporkan berkata, Keluarga Malaysia perlu diberi kesedaran nilai kesenimanan dalam diri Seniman Agung yang hingga kini tiada galang gantinya.

Melalui kenyataan media, Annuar menyebut, faktor nilai kesenimanan ini bukan sahaja terletak pada karya Allahyarham dalam industri perfileman sebagai pengarah, pelakon, penggubah lagu, penulis lirik, pemuzik dan pelawak yang sangat hebat, malah sebagai pemuisi, yang menjadi khazanah negara sangat berharga dan malar segar.

Sehubungan, tambahnya, bagi memperingati jasa dan sumbangan Seniman Agung sambutan Hari Seniman Negara akan diadakan pada setiap 22 Mac iaitu sempena tarikh kelahiran P Ramlee.

Signifikan perubahan tarikh sambutan Hari Seniman Negara ini adalah untuk memperingati jasa serta sumbangan beliau terhadap industri kreatif negara ini selain mengangkat karya P Ramlee yang bukan sahaja berjaya melahirkan lebih ramai tokoh dan pakar industri kreatif, malah, memperkenalkan Malaysia pada mata dunia.

Sazali berkata, Hari Seniman Negara bagaimanapun bukan semata-mata untuk mengangkat P Ramlee, malah, memperingati seniman lain yang sudah tiada dan mereka yang masih aktif dalam industri kreatif.

“Bukan arwah bapa saya sahaja yang perlu dikenng. Malah, semua seniman yang pernah mengharumkan nama negara seperti Allahyarham Nordin Ahmad dan sebagainya,” katanya.

Berkongsi perkembangan terkini dirinya, Sazali mengaku perasaan bercampur baur antara gembira dan sedih setiap kali terkenangkan arwah ‘daddy’.

“Sekiranya ‘daddy’ masih ada, pastinya, saya gembira dan bangga hidup dengan karya-karyanya. Mana tidaknya, meskipun ‘daddy’ sudah tiada, filemnya masih lagi ditayangkan sehingga kini.

“Saya juga percaya jika ‘daddy’ masih hidup, dia juga berbangga dengan apa yang sudah penggiat seni usahakan sekarang.

“Malah, saya berbangga apabila arwah ‘daddy’ pernah buat filem untuk saya seperti Anakku Sazali, Ahmad Albab dan Anak Bapak.

“Itu menunjukkan kasih sayangnya kepada saya. Karya itulah yang membuatkan orang ramai kenal saya sebagai anaknya,” katanya.

Allhyarham P Ramlee atau nama sebenarnya, Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh dil4hirkan di Georgetown, Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 ketika umat Islam meraikan 1 Syawal.

Ketika hayatnya,Allahyarham Tan Sri P Ramlee telah berlakon dalam 66 filem dengan 35 judul di bawah arahannya dan mencipta 250 lagu.

 

Sumber:BH Online