Puluhan bandar di China kini berada dalam cuaca panas melampau sehingga menyebabkan bumbung bangunan mencair serta jalan raya menggelembung, memaksa penduduk tempatan berteduh di tempat perlindungan bawah tanah.
Setakat jam 11 pagi tadi, 68 bandar termasuk Shanghai dan berhampiran Nanjing, mengeluarkan am4ran merah – tertinggi dalam sistem amaran gelombang haba tiga peringkat – meramalkan suhu melebihi 40 darjah Celsius bagi tempoh 24 jam akan datang.
Shanghai yang masih ‘berper4ng’ dengan penularan sp0radik COVID-19, memberi amaran kepada 25 juta orang penduduknya supaya bersedia menghadapi cuaca panas minggu ini.
Sejak tahun 1873, Shanghai hanya mempunyai rekod selama 15 hari dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.
Di taman hidupan liar Shanghai, kakitangannya terpaksa menggunakan lapan tan ais sehari hanya untuk memastikan haiwannya kekal sejuk.
Menurut seorang penduduk, Zhu Daren, tahun ini bahang tiba lebih awal daripada sebelumnya.
“Walaupun baru Julai, saya rasa cuaca panas sudah sampai ke tahap tinggi.
“Pada dasarnya, anda perlu menghidupkan pendingin hawa apabila pulang ke rumah dan memakai krim pelindung matahari apabila keluar,” katanya.
Selain berdepan musim panas berbeza tahun ini, gelombang panas ini turut bersilih ganti dengan hujan lebat mengaki-batkan pelbagai benca-na di seluruh negara.
Pihak berkuasa yang memetik perubahan iklim, memberi amaran mengenai potensi bencana cuaca bermula pertengahan Julai, di mana kebiasaannya adalah musim paling panas dan basah dalam setahun.
Di sebuah bandar di selatan wilayah Jiangxi, sebahagian jalan raya melengkung sekurang-kurangnya 15 sentimeter akibat panas.
Nanjing, satu daripada tiga ‘relau’ China yang terkenal dengan musim panas melampau, membuka tempat perlindungan bawah tanahnya kepada penduduk sejak Ahad lalu dengan dilengkapi WiFi, buku, mesin air dan juga ketuhar gelombang mikro.
Bandar itu mengeluarkan amaran merah hari ini, manakala di Chongqing selaku ‘relau’ kedua menyaksikan bumbung salah satu muzium mencair dan jubin bumbung tradisional Cinanya meletup apabila haba melarutkan tar di bawahnya.
Bandar itu turut mengeluarkan amaran merah, semalam.
Chongqing juga mengerahkan trak penyembur air bagi untuk memastikan jalan rayanya sejuk.
Minggu ini, suhu tinggi, kelembapan dan sinaran ultra ungu juga diramalkan bakal menyelubungi pusat bandar Wuhan, yang dianggap sebagai ‘relau’ ketiga.
Sumber:BH! ONLINE