Jemaah haji kini dibenarkan bawa pulang air zamzam

Khabar gembira dari tanah Arab. Seperti yang dilap0rkan oleh portal Saudi Gazette, Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (KAIA) Jeddah mengumumkan bahawa jemaah haji kini dibenarkan untuk membawa pulang air Zam Zam ke negara masing-masing.

Bagaimanapun KAIA menetapkan bahawa setiap jemaah haji hanya dibenarkan membeli satu botol air Zamzam lima liter melalui salah satu tempat jualan di premis lapangan terbang.

Pihak berkuasa lapangan terbang juga telah telah memperuntukkan laluan berasingan untuk air Zamzam yang telah dibeli, dan ia tidak dibenarkan dibawa menggunakan bagasi daftar masuk. (checked-in luggage).

Pihak berkuasa juga memaklumkan bahawa, pada masa akan datang, lebih banyak informasi akan disampaikan melalui semua platform media di kalangan Jemaah haji tentang semua peraturan berkaitan dengan pengendalian dan penghantaran bagasi di lapangan terbang terutama sekali berkaitan dengan urusan membawa pulang air Zam Zam.

Mereka juga akan memastikan maklumat itu sampai kepada semua jemaah haji dari negara yang berbeza.

Kempen yang dilancarkan oleh KAIA itu termasuk informasi berkaitan berat bagasi yang dibenarkan, dan tidak meletakkan sebarang cecair di dalamnya, sehinggalah kepada peggunaan tali mengikat bagasi yang dibenarkan.

Maklumat itu diharap akan melancarkan operasi pengangkutan bagasi semasa fasa berlepas, membantu dalam mempercepatkan prosedur serta mencapai objektif kesel4matan operasi.

Sumber: Saudi Gaz3tte