Bayi umur 42 hari pucat, air kencing kemerahan selepas ibu rawat ‘napkin rash’ guna inai

Malang tidak berbau.

Menerusi perkogsian terkini Facebook Public Health Malaysia,seorang bayi berusia 42 hari mengalami kekuningan, pucat, dan air kencingnya menjadi kemerahan selepas ibunya merawat radang kulitnya (napkin rash) menggunakan inai.

Bayi mal4ng tersebut dibawa ke h0spital dan setelah peme-riksaan dilakukan, hemoglobin (HB) jatuh kepada 6gm/dl dan terdapat kekurangan G6PD.

Katanya, terdapat bahan di dalam daun inai dikenali sebagai Lawson yang digunakan bukan sahaja untuk kosmetik, tetapi terapi peyakit kulit tertentu.

Bagaimanapun dalam kajian, sebatian kimia ini boleh menyebabkan sel darah terurai dan pec-ah.

Mengulas lanjut, Public Health Malaysia menjelaskan, penggunaan inai kebiasaannya adalah selamat, kecuali pada mereka yang mempunyai alahan.

“Elakkan menggunakan inai jika anda mempunyai alergik kepada Lawsonia Inermis.

“Tiada data kajian untuk kegunaan selamat dalam kalangan ibu mengandung atau menyusu. Jika boleh, elakkan sahaja,” ujarnya.

Sumber:K! Online